Friday, December 25, 2009

Bengkel Gamelan Rakan Muda 2009

Bengkel Gamelan Rakan Muda 2009 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kinta dengan penglibatan Kumpulan Perkusigatra sebagai Tenaga Pengajar iaitu Rozidi Abdul Kadir & Ismail Ibrahim.



Pengenalan Perkusigatra


Kumpulan Perkusigatra telah ditubuhkan pada tahun 2006 yang ahlinya adalah gabungan tenaga pengajar dan peserta terpilih (terbaik) daripada Kelas Kesenian Perkusi yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak Dengan Kerjasama Majlis Belia Negeri Perak

Perkusigatra kini bergerak sebagai kumpulan muzik yang memainkan irama dan nyanyian kearah nilai-nilai positif seperti ketuhanan, alam sekitar dan nilai-nilai murni. Didalam setiap persembahan, selain nyanyian akan diselang-selikan dengan instrumental kemahiran bermain alat perkusi dalam pelbagai rentak.

Perkusigatra adalah gabungan dari perkataan ’Perkusi’ (percussion) iaitu alat muzik terawal didunia. Ia merupakan hiburan alternatif bagi masyarakat terdahulu selain nyanyian dan ia juga digunakan mengiringi nyanyian seseorang untuk menambah lagi mutu persembahan) dan ’Gatra’ (Bar) bermaksud bar dalam muzik.Tanpa gatra (bar dalam muzik), pukulan (Beat) tidak dapat di kira, tanpa pukulan (beat) melodi tak dapat dimainkan, tanpa melodi lagu tidak bermakna.

JENIS PERSEMBAHAN
Kumpulan Perkusigatra memperjuangkan persembahan Lagu-Lagu Rakyat, Latin & Nasyid percussion dengan gabungan alatan perkusi (percussion) dari seluruh dunia seperti Djembe, Congga, Dumbek, Darbuka, Floor Tom, Gendang, Marwas dan sebagainya.
Untuk Persembahan Gamelan Kumpulan Perkusigatra memainkan lagu-lagu Gamelan Malaysia seperti Timang Burung, Togok, Lenggang kangkong & Lain-lain. Peralatan Gamelan yang digunalan adalah 1 Bonang, 1 Gambang, 3 Saron, Gong Agung & 1 Kempul, Kenong & Gendang Sunda.

PERSEMBAHAN
Sejak ditubuhkan Kumpulan Perkusigatra telah di jemput untuk membuat persembahan program di peringkat Negeri dan Kebangsaan antaranya:-
· Suarasa TV9
· Rakaman Ehwal Islam TV1
· Sambutan Hari Belia Negara
· Sanbutan Pesta Air Kebangsaan
. Pesta Air Kebangsaan Langkawi
. Pesta Air Kebangsaan Labuan
· Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kebajikan Masyarakat Malaysia
· Sambutan Maulidul Rasul peringkat Negeri Perak 2007-2009
· Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 2007-2009
· Pertandingan Nasyid Belia Kebangsaan 2008
· Halal Fest Peringkat Negeri Perak 2007-2009
· Promosi Hari Raya, Maju Junction
· Perasmian Pesta Sukan Dan Kebudayaan Majlis Belia Malaysia
· Sambutan Hari Kebangsaan
· Citra Rasa Malaysia
· Citrawarna Malaysia dan
· Undangan Majlis Perkahwinan dan sebagainya


PERKHIDMATAN
Disamping jemputan persembahan, kumpulan ini terlibat :-
- Sebagai tenaga pengajar dan fasilitator kelas perkusi anjuran beberapa agensi, kolej dan
sekolah.
- Persembahan Gamelan dan tenaga pengajar kelas Gamelan
- Menjual dan menyewa alat perkusi.
- Sewaan alat pembesar suara (P.A System)

Perasmian Pesta Sukan & Kebudayaan MBM


Live RTM 1


Mempersembahkan kumpulan Perkusigatra...